Posts Recentes
Kampungku di persada dunia - JKKK Kg Baru Buloh Kasap
Wednesday, May 12, 2010
Sekolah Kebangsaan Buloh Kasap
Sekolah Kebangsaan Buloh Kasap ditubuhkan pada tahun 1906.
Bangunan sekolah atap dibina pada tahun 1906 hingga 1908 berhampiran Masjid Jamek Buloh Kasap. Semasa itu sekolah dinamakan Sekolah Rakyat Buloh Kasap.
Pada tahun 1906 hingga 1926, sekolah telah pindah ke tapak pasar ikan dan sayuran yang berhampiran dengan Sungai Muar dan dinamakan Sekolah Melayu Buloh Kasap.
Pada tahun 1927, dipindahkan ke tapak yang berhampiran dengan bangunan sekolah yang wujud sekarang dan dinamakan Sekolah Umum Buloh Kasap. Lantai dan dinding bangunan baru ini menggunakan papan sepenuhnya.
Pada tahun 1962, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Buloh Kasap dan kekal digunakan hinggan ke hari ini. Bangunan sudah siubahsuaikan kepada bangunan konkrit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment