Pasar Malam di Pekan Buloh Kasap telah diadakan sebulan sekali selepas perang dunia kedua. Pasar malam ini dikenali dengan nama "Pekan Bulanan" dan diadakan berhampiran dengan Masjid Buloh Kasap. Pekan Bulanan membolehkan orang kampung menjual hasil tanamannya.
Dato' Abdullah Mahat menubuhkan kumpulan sandiwara selepas Pasar Bulanan tidak mendapat sambutan daripada orang ramai. Encik Yaakub dilantik sebagai Ketua Kumpulan Sandiwara Mukim Buloh Kasap. Cerita yang dipersembahkan oleh Kumpulan Sandiwara Buluh Kasap ini ialah yang bercorak purbawara.
Kumpulan Sandiwara Buluh Kasap itu mengadakan persembahan pada hari Pekan Bulanan. Orang-orang kampung dari merata-rata kampung di Segamat datang membanjiri Pekan Bulanan dengan bayaran percuma.
No comments:
Post a Comment