Friday, May 14, 2010

Pangkalan Tok Sara Buloh Kasap

Bekas Pengkalan Tok Sara Buloh Kasap


Sejarah sungai Buloh Kasap dikaitkan dengan Pangkalan Tok Sara Buloh Kasap. Pembinaan pangkalan pada tahun 1900, dinamakan Pangkalan Rakit. Pangkalan Rakit sebagai "pasar tepi sungai" di mana aktiviti perdagangan sibuk dijalankan. Pangkalan Rakit ditukarkan nama "Pangkalan Haji Ibrahim" sempena nama Tuan Haji Ibrahim yang terlibat dalam pembukaan petempatan baru di lawasan berhampiran Sungai Muar.

Selepas Haji Ibrahim meninggal dunia, Pangkalan dinamakan Pangkalan Tok Sara. Semasa pangkalan itu berada di kemuncak kemasyhurannya sebagai sebuah pangkalan paling sibuk dan perkhidmatannya sebagai "Pasar Kecil Tepi Sungai"

Pangkalan Tok Sara bertukar nama "Pangkalan Buloh Kasap" apabila perkhidmatan pangkalan semakin berkurangan.

No comments:

Post a Comment