Posts Recentes
Kampungku di persada dunia - JKKK Kg Baru Buloh Kasap
Friday, May 14, 2010
Masjid Jamek
Pada tahun 1915, Dato'Abdullah bin Mahat selaku Penghulu Mukim Buloh Kasap telah menganjurkan satu pakatan untuk membina sebuah masjid baru di Mukim Buloh Kasap. Masjid Buloh Kasap ini dianggap masjid terbaik dalam daerah Segamat. Lantai diperbuat daripada baru marmar yang mahal harganya dan diimport dari luar negeri.
Semenjak Buloh Kasap semakin lama semakin maju, bangunan diperbesarkan bersesuaikan dengan pertambahan penduduk Islam di beberapa buah penginapan di sekeliling pekan Buloh Kasap. Demikian Masjid Buloh Kasap diberi nama "Masjid Jamek".
Aktiviti seperti sambutan Maulidur Rasul, awal Muharam, majlis Tahlil dan bacaan Yasin pada tiap-tiap malam Jumaat dan seumpamanya giat dilaksanakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment